Pages

Saturday, January 18, 2014

Colours of 2013 Part Two

Assalamualaikum :D


Hokeyh!Sambung balik cerita semalam atau kelmarin,haritu atau apa apa yang berkaitan.Ye lah takkan nak buat cerita tergantung pulak ye dok.Marah para penonton karang (kalau ada la kan.kalau).Ok cerita 2013 aku bukan takat tu ja ada lagi, contohnya :-

3.Hari KOOP
Tradisi semeskebi (SMSKB) ni jugak ada buat Hari KOOP.Macam hari Kantin la jugak.Tapi kat sini pun ada Hari Kantin gak.So kira ada dua kali la event jual menjual,beli membeli kat sekolah ni.Hari KOOP tahun ni aku mewakili ahli Kelab Pelajar Bahasa Cina *tepuk sikit!!* jual laksa dan banyak lagi.Kalau ada yang terasa 'eh laksa ni sedap lah' masa hari KOOP tu aku la tu yang buat.hahaXD K tipu.Bukan buat pun order kat orang luar then kami tolong jual la.Penat memang penat sebab Hari KOOP buat dua hari berturut-turut so sampai malam la kena berjual sebab dewan makan hatta kantin ditutup sepanjang dua hari tu.Tapi pengalaman nak kena ado kau tahu.Kalau nanti orang tanya 'eh Menot hang penah menjual mcm kat pasar malam tak?' aku boleh la jawab 'ado tak pernah.'.haa nampak tak nampak.

senamrobik di pagi hari baybeh!


oh my! That you Meh-not!

4.Zealous to Bukit Merah 
Buat kali kedua selama lima tahun dekat Kepala Bataih batch Zealous dibawak lagi keluar untuk program akademik.Ekceli sama ja macam yang buat kat sekolah selama ni.Tapi kata cikgu nak bagi relaks sikit.Ye lah duduk kat sekolah lama-lama pun kadang kadang datang jugak kebosanan dia tu.So tahun ni seperti yang dirancang dengan teliti oleh orang orang yang berkaitan "Kami pi Bukit Merah bak hiang!"  Untuk 3 hari (eh macam tajuk filem pulak.hahaXD) 2 malam kami anak didik Kepala Bataih ni berkampung kat situ.Duduk hotel wei diulang hotel diulang hotel! (nampak tak bunyi kampung)

kudap kudap yang sentiasa di-refill.dan cepat habis :'(

oh well..pfttttt!


Memandangkan dah 1.30 tanpa disedari oleh tuan empunya belog so, takat ni ja kot.Esok sambung lagi!See yaaa!









Friday, January 17, 2014

Colours of 2013 Part One

Assalamualaikum :D

patut di-highlightkan depan tu aku.hoho

In 18th January 2014 baru aku ni nak cerita pasal 2013 kan.hahaXD disaatkan para wira wirawati berkhidmat disaat para pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran disaat para penganggur muda macam aku menganggurkan diri mereka dan disaat orang lain sibuk melakukan apa-apa ja lah kan.Aku duduk di depan laptop sambil teringat pasal kisah lalu *tepukkan amat diperlukan k.*

Mukadimahnya disini, 2013 merupakan satu tahun yang dipanggil "senior year" buat para pelajar yang lahir pada tahun 1 Januari 1996 sampai la 31 Disember 1996.Senang cakap dah form 5 laa.Sapa tak seronok jadi form 5 wei.kamon laaaaa.Mengarah sana sini,dalam perhimpunan duduk kat depan ye lah nak bagi dekat sikit dengan cikgu-cikgu boleh tenung muka depa puas-puas.ye lahh tahun depan dan depan lagi dan depan lagi lagi susah nak jumpa lagi ye dok.Paling penting dapat membodek ketua pelajar dan angkatannya.hahaXD Panjang pulak aku bercerita ni.So, tanpa membuang masa hampa yang berharga lagi tidak boleh dibeli itu moh le kita menjenguk memori masa silam aku *tepukkan amat diperlukan lagi k.*

1.Basketball
One of my memories was, being a basketball player! Salah satu sukan SBP yang boleh dikategorikan sebagai sukan untuk budak-budak berlagak kata Cg. Bobby.hahaXD Kejam betul dilabelkan sebegitu.But nevermind.Aku suka main gak.*senyum lebar*So tahun ni main untuk 3 tournament mula dari Gatorade 3on3, HKSBP Zon "Utagha" and Daerah.Jujur nak cakap semua KALAH.huahua.tapi takpa aku berjaya meng-kuruskan diri.

Gatorade 3on3.

HKSBP Zon "Utagha"

2.Hari Guru 
Adat turun temurun kat SMSKB tu setiap kali Hari Guru student form 5 yang kena uruskan.Dari majlis dekat dewan besaq sampai la jamuan dekat dewan makan.Sebagai ahli form 5 yang berjaya hahaXD aku adalah antara yang terlibat.Ekceli semua form 5 terlibat.ye lah umpama "bersatu teguh bercerai roboh" gitu.Alhamdulillah everything went well an feedback dari cikgu pun superb!

bodyguard upahan.pm kalau berminat.



Sekian.Sampai sini dulu la kot.Nanti senang senang sambung balik.Ok bye.see yaaaa!